Wednesday, June 3, 2009

Info : Barangan Kemas Fesyen Zhulian

Barangan Kemas Fesyen ZHULIAN mencapai ketinggian kreativiti dan kecemerlangan rekaannya. Ia juga terkenaldengan pengeluaran barangan kemas berkualiti tinggi . Dengan rekaan menakjubkan yang membawa hasil kerja, bahan dan rekaan terbaik, kami berbangga kerana berupaya menyatukan kehalusan seni tradisional ke dalam rekaan berteknologi moden, terkini, dengan pembaharuan penuh ketelitian (avant-garde).

Rangkaian Barangan Kemas Fesyen ciptaan ZHULIAN yang meluas mencerminkan seni pertukangan mahir oleh pereka dan tukang emas kami yang pakar. Setiap barangan yang kami cipta mewakili hasil kerja penuh dedikasi dan kemahiran yang tajam. Pada masa ini, ZHULIAN mengeluarkan lebih 2,000 model berlainan seperti cincin, rantai tangan, rantai leher, kerongsang, loket, subang, gelang tangan, pin tudung, klip tudung dan lain-lain produk eksklusif.

Para profesional ZHULIAN yang terlatih mempunyai banyak pengalaman dalam mengeluarkan rangkaian produk-produk popular seperti barangan kemas bersadur rodium dan barangan kemas dua ton selain daripada produk utama kami iaitu barangan kemas saduran emas.

Note:
*****
Koleksi Barang Kemas Zhulian menggunakan emas tulin iaitu Emas10/24k/99.9% untuk barang kemas mereka. Barang kemas Zhulian telah diperkuatkan dengan Aloy (ie. logam tahan karat) dan kemudian disadur dengan Emas10 / 24k. Kandungan emas tulin adalah sebanyak 99.9% dengan ketebalan lapisan sebanyak 3-5 mikro. Dihiasi pula dengan batu Zircon dari Swiss yang terbaik untuk hiasan barangan kemasnya.


0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates